Ahad, 1 Januari 2023

Pokok Durian Duri Hitam(D200 Black Thorn)

 Rasanya masih belum terlambat untuk merasai pengalaman mempunyai Pokok Durian Duri Hitam(D200 BlackThorn) sendiri.Idea ini tercetus apabila pernah membeli raja buah tersebut dipasaran memang boleh terduduk lihat dia punya harga tapi ingin merasa punya pasal pejamkan mata bayar.



Pada pertengahan tahun 2021 bermula aktiviti penanaman pokok raja buah ini.Ramai pembekal anak pokok dipasaran hanya cari difacebook kita boleh buat pilihan.Harga saiz anak pokok mengikut ketinggian semakin tinggi pokok tersebut semakin mahal harganya.



Pokok durian kawin ini tidak semudah durian kampung bila kita tanam banyak cabarannya dari segi penjagaan serangan penyakit memang blur dibuatnya.So kenalah cari tahu banyak bertanya dengan orang yang ada pengalaman 



Ada yang mengatakan harga buah kayangan bila dipasaran memang patut pon bukan mudah dari segi penjagaan dan melibatkan kos yang tinggi untuk sampai ke tahap pokok mengeluarkan buah.



Walaupon perit tapi rasa kepuasan itu ada apabila pokok yang ditanam dari kecil kini sudah mula membesar dengan sihat.Meskipon jauh lagi perjalanan tumbesaran pokok ini tapi sudah kelihatan jika ada rezeki ia akan mengeluarkan hasil bila sampai waktunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan