Rabu, 11 Januari 2023

Cili Padi Subur Dan Cara Penjagaan Pokok Cili

Dengan kos sara hidup yang meningkat sekarang perlulah melakukan sesuatu untuk menjimatkan perbelanjaan dapur.Cili Padi Subur Dan Cara Penjagaan Pokok Cili merupakan topik untuk kali ini.Tinggal dikampung jika semua hendak dibeli satu kerugian besar sebab ada kawasan untuk ditanam dgn sayuran.Yang penting rajin pasti ada hasilnya.



Cili Padi atau nama saintifiknya Capsicum Frutescens sememangnya mudah ditanam  tapi perlu penjagaan yang betul.Ada yang tanam pokok tidak subur terbantut dan paling menyedihkan cepat mati pula.Penyediaan permukaan tanaman amat penting jika menggunakan polibag perlu menggunakan sebahaian tanah juga sabut kelapa yang telah diproses atau disebut sebagai cocopeat.



Campurkan kedua bahan digaul rata kenapa perlu menggunakan cocopeat ini tujuannya bagi mengurangkan kepadatan pada tanah untuk memberi laluan pada akar pokok bergerak dengan lebih baik.Jika xdekurang melakukan penyiraman pon tiada masalah kerana tanah ada menyimpan kelembapan dibanding penggunaan tanah 100%.



Pemilihan polibag yang betul pon satu faktor jika menggunakan yang bewarna hitam ini akan terdedah dengan kepanasan yang lebih contoh kita memakai baju berwarna hitam bila ditengah panas akan merasai kepanasan yang lebih tinggi berbanding baju warna lain.Penggunaan baja yang betul jangan terlalu banyak pada pokok serta penyiraman jangan sampai akar bertakung air ini membuatkan akar pokok mudah diserang oleh kulat.Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan