Rata-rata petani telah menggunakan kaedah ini Timun(Cucumis sativus) Gantung Memudahkan Penjagaan merupakan cara dan teknik terbaru bagi mereka yang mengusahakan kebun sayuran.Pada awalnya rasa hairan kenapa perlu digantung sedangkan tanam ditanah lebih mudah.Dari apa yang diberitahu oleh rakan yang mengusahakan tanaman timun ini ada kelebihan dan kebaikannya.
Walaupon kos penyediaan untuk tanaman gantung ini agak tinggi tapi hanya modal sekali sahaja.Ia bertujuan memudahan penjagaan pada pokok dari segi rumput rumpai bole menggunakan mesin rumput ataupun diracun kerana pokok berada diatas berbanding tanam ditanah.Dari segi aspek kawalan penyakit pula dapat dikurangkan kerana pokok berada diatas dalam polibag boleh mengelakkan dari serangan penyakit bawaan tanah.
Dari sistem pengairan pula air tidak mudah bertakung walaupon berlaku hujan lebat ataupon banjir kerana tanaman berada diatas jika berlebihan pun tiada masalah air akan keluar dari lubang polibag dan jatuh kebawah bagi kerja-kerja memungut hasil pun mudah dilakukan.Zaman moden teknologi pertanian pon berubah menjadi lebih baik semoga dapat menghasilkan keluaran hasil tanaman yang belipat ganda kepada petani di Malaysia.





















