Disebalik pokok yang subur daun yang kehijauan tanpa disedari ada sesuatu yang tidak diundang.Penyakit Kanker Batang Pada Pokok Durian Dan Cara Merawatnya.
Ini merupakan tajuk entry pada kali ini berkongsi tentang Penyakit Kanker Batang ini disebabkan oleh sejenis kulat bernama " Phytophthora Palmivora " yang bertindak menyerang dan merosakkan lapisan floem pada pokok
Bila tiba musim hujan pokok mudah diserang ini atas faktor kelembapan tanah yang lebih dipersekitaran batang pokok.Tanda-tanda pokok telah diserang kelihatan pada bahagian batang menjadi berair bila disentuh akan mengeluarkan cecair.
Bagaimana ingin merawatnya bole ambil sebilah pisau dan buang kulit yang rosak pada kawasan batang tersebut.Bersihkan lendiran pada batang tersebut kemudian sapu atau menyembur dengan racun kulat.
Setelah selesai biarkan sahaja nanti akan lihat kesannya untuk beberapa hari.Pelbagai jenama racun kulat untuk Penyakit Kanker Batang dipasaran tapi saya menggunakan Aliatte keluaran dari Bayer.Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan