Khamis, 5 Januari 2023

Jering (Archidendron Jiringa)

Walaupon baunya kuat dan rasa masam bila dimakan Jering(Archidendron Jiringa) merupakan makanan ulam-ulaman yang diminati oleh penggemarnya di Malaysia,Thailand dan juga Indonesia.Pokok Jering dikatakan berasal dari Asia Tenggara turut dikenali dengan panggilan Jengkol.



Pokok Jering banyak terdapat dikampung-kampung,sememangnya tumbuhan ini mudah hidup dan membesar dengan sihat jika dibandingkan dengan tanaman yang lain.Walaupon bijinya tidak ditanam  hanya terbiar diatas tanah masih mampu tumbuh menjadi anak pokok.



Menariknya pokok ini mudah untuk dijaga dan berdaya tahan terhadap penyakit senang cerita tidak banyak masalah hanya melakukan pembajaan dari segi pengairan pula siram pokok yang baru tanam bila sudah hidup boleh biarkan hanya tunggu waktu hujan berbeza dengan pokok durian kawin seperti pokok duri hitam dan musang king permukaan tanah perlu lembab kena membuat sistem paiping.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan