Entry pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai Racun Anai-Anai Dan Semut Hitam Pada Pokok sememangnyaiaamat merisaukan bagi pekebun pokok buah-buahan jika tanaman mereka diserang mahluk prosak ini.Anai-Anai amat berbahaya ia bersarang didalam tanah dan memakan dan merosakkan akar dan batang yang bole menyebabkan pokok tumbang dan mati kerana struktur pokok menjadi reput.
Semut Hitam juga merimaskan bila terdapat diatas mahupon disekeliling pokok bila kita ingin melakukan aktiviti seperti pembajaan,pemangkasan ataupon ingin memanjat pokok untuk mengambil hasilnya contoh pokok petai,duku,jering dan sebagainya.Bagaimana ingin mengetahui pokok diserang anai-anai jika semut hitam Kita boleh lihat dengan mata kasar keberadaannya.
Apabila terlihat dibahagian ranting pucuk pokok ada yang mati ataupon sekeling batang pokok kelihatan ada tanda
semacam debu tanah dibahagian perdu boleh memeriksa dengan ambil sebatang besi dan cucuk permukaan tanah disekitar pokok.Kebiasaannya jika terdapat sarang anai-anai permukaan tanah menjadi lembut jika kita pijak pon akan rasa tenggelam tanah tersebut.
Cara untuk menghapuskan atau mencegah korek tanah yang kita periksa tadi jika terdapat anai-anai buang sarang tersebut dan siram sekeliling pokok dengan bancuhan Fipronil.Boleh menggunakan produk Regent 50SC keluaran dari Bayer caranya campur dengan air ada sukatan yang tertera pada label racun ini.Terpulang ingin menggunakan pulmp spray engine atau secara manual guna baldi atau tong air lakukan siraman pada spot sarang dan sekeliling pokok.
Dalam masa yang sama jika pokok terdapat banyak semut hitam bole spray dibahagian batang keatas dan bahagian bawah sekeliling akar pokok mampu menghapuskan kedua makhluk ini pada pokok anda.Perhatian kadar racun amat kuat ambil langkah keselamatan jika ingin menggunakannya jauhi dari kanak-kanak semoga entry ini membantu anda.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan