Apabila lambat dirawat daun akan menjadi kuning serta gugur ketanah sedikit perkongsian Cara Mengatasi Serangan Teritip Pada Daun Pokok Durian yang perlu anda tahu.
Dalam masa yang sama jika ia tidak dirawat dengan cepat bukan sahaja daun rosak dan gugur ia akan menyebabkan pokok anda mati.Amatlah berbahaya bagi pengusaha pokok durian.
Bagaimana nak mencegah penyakit ini sebelum ia menjadi lebih parah.Boleh gunakan racun serangga dan kulat yang berada dipasaran.Antaranya jenama dari Bayer yang saya gunakan iaitu Antracol 70 WP dan juga Desis 250.
Bancuh kedua racun ini mengikut sukatan yang ditetapkan mengikut usia pokok yang anda tanam supaya tidak overdose bila anda mula menyembur pada pokok.
Perhatian ! Jika serangan teritip amat teruk pada daun cara terbaik buangkan keseluruhan daun yang telah diserang dan bakar daun rosak tersebut supaya tidak berjangkit dengan pokok yang lain.Semoga entry dapat membantu anda.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan